Pengkulturan tisu (tumbuhan)- Taklimat ringkas

Subjek: Biologi
Bidang: Botani
Tema: Pembahagian sel
Aktiviti: Kejuruteraan sel
Projek: Pengkulturan tisu (tumbuhan)
* Projek ini ada dalam kandungan Buku Teks Biologi Tingkatan 4 dan Soalan SPM

1. Kultur tisu ialah satu teknik pengkulturan sel tunggal, cebisan tisu daripada organ tumbuhan dalam larutan medium kultur steril yang mengandungi nutrien dan hormon pertumbuhan secara in vitro.

2. In vitro (dalam kaca) ialah teknik yang dijalankan di luar badan organisma dalam persekitaran terkawal, lazimnya di dalam tabung uji atau kelalang.

3. Tujuan utama pengkulturan tisu adalah untuk membiakkan sel tumbuhan secara pembiakan aseks.

4. Bahagian tumbuhan yang boleh dikulturkan termasuk tunas pucuk, tisu meristem, tunas sisi, hujung akar, biji benih dan lain-lain

5. Ciri-ciri teknik (kebaikan/keburukan)
a. Beribu-ribu anak tumbuhan baharu (klon) mempunyai trait (ciri) yang sama.
b. Dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat.
c. Anak-anak tumbuhan (klon) mempunyai kandungan genetik yang sama dengan tumbuhan induk.
d. Dapat dibiak dan diperbanyak dengan cepat untuk tujuan komersial.
e. Tidak mewujudkan variasi genetik
f. Sekiranya tumbuhan induk mengandungi genetik yang lemah dalam penentangan penyakit, maka anak-anak tumbuhan (klon) juga akan mempunyai daya rintangan yang lemah dalam penentangan penyakit dan menyebabkannya mati.
g. Semasa menjalankan pengkulturan tisu timbuhan dalam larutan medium kultur steril, ia perlu dalam keadaan yang dinyahkontaminasi untuk mengelakkan bakteria daripada membiak yang akan menjejaskan pengkulturan ini.

6. Proses ringkas:
*Semua bahan, radas dan persekitarannya perlu sentiasa dalam keadaan yang telah disterilkan.
a. Cebisan kecil tisu akan dipotong daripada tumbuhan induk untuk menjadikan eksplan.
b. Eksplan dipindahkan ke dalam (kelalang/ piring petri/ tabung uji) yang berisi medium kultur (bentuk agar-agar).
c. Medium kultur terdiri daripada campuran glukosa, hormon pertumbuhan dan lain-lain dalam komposisi yang tertentu dan juga dalam nilai pH dan suhu yang sesuai.


d. Sel mula membahagi secara mitosis dan membentuk kalus, iaitu sekumpulan tisu yang belum mengalami pembezaan menjadi batang, daun dan akar.
e. Sel-sel dalam kalus membesar menjadi embrio dan seterusnya menjadi anak tumbuhan. Anak tumbuhan dipindahkan ke tanah untuk membesar menjadi tumbuhan dewasa.



Sumber maklumat:
a. Buku
b.Internet

Ulasan