Catatan

Pengkulturan tisu (tumbuhan)- Taklimat ringkas

Imej
Subjek: Biologi Bidang: Botani Tema: Pembahagian sel Aktiviti: Kejuruteraan sel Projek: Pengkulturan tisu (tumbuhan) * Projek ini ada dalam kandungan Buku Teks Biologi Tingkatan 4 dan Soalan SPM 1. Kultur tisu ialah satu teknik pengkulturan sel tunggal, cebisan tisu daripada organ tumbuhan dalam larutan medium kultur steril yang mengandungi nutrien dan hormon pertumbuhan secara in vitro. 2. In vitro (dalam kaca) ialah teknik yang dijalankan di luar badan organisma dalam persekitaran terkawal, lazimnya di dalam tabung uji atau kelalang. 3. Tujuan utama pengkulturan tisu adalah untuk membiakkan sel tumbuhan secara pembiakan aseks. 4. Bahagian tumbuhan yang boleh dikulturkan termasuk tunas pucuk, tisu meristem, tunas sisi, hujung akar, biji benih dan lain-lain 5. Ciri-ciri teknik (kebaikan/keburukan) a. Beribu-ribu anak tumbuhan baharu (klon) mempunyai trait (ciri) yang sama. b. Dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat. c. Anak-anak tumbuhan (klon) mempunyai kandunga